21 February 2012

words again...

       mumy : kalau kau tak ada pon, tak pelah. aku leh hidup lagi.
                   selama ni, kau tak ada pon...aku hidup je
         dady : kau ni...kalau result tu bagus, tak ape jugak
         yong : aku rasa aku kene cakap jugak kat kau.
                   sebab kau ni, jenis yang tak faham-faham.
       ex 1st : orang macam awak ni, tak akan jumpa cinta sejati
      ex 2nd : terus terang cakap...dalam banyak-banyak makwe saya,
                   awaklah yang paling tak lawa


kalau tengok post aku yang sebelum ni
aku cakap sal words, perkataan
macamana kekadang perkataan itu disalah tafsirkan
aku tertinggal lagi satu point
perasaan
perasaan bila kita bercakap
happy, sedih, ceria, murung
macam dialog di atas
itu semua ape yang dorang cakap kat aku bila time marah aku
aku terima jelah
nak lawan kang jadi derhaka, jadi gaduh
aku pon malas...dengar jelah diam-diam 
walaupun aku fikir dorang patot check out story belah aku sebelum marah aku
cuma statement ex 2nd tu je aku sampai sekarang tak puas hati
sebab bukannya aku yang ajak kapel pon...huh

tapi bila aku fikirkan balik
perasaan 
semua benda pon dipermainkan oleh perasaaan sebenarnya
cikgu semak kertas exam
tukang masak yang sedang memasak
doktor merawar pesakit
semuanya perasaan...kalau perasaan tak kene sikit,mulalah...
habis tunggang balik semuanya

seeloknya...janganlah bercakap bila tengah marah
perkataan yang keluar tu spontaneously
kite langsung tak fikir effect dia pada orang lain
lepas tu...perkataan mencarut pon keluar pulak
baiknya bila marah...kite tarik nafas dalam-dalam
kalau aku..senang je
belilah ice cream banyak-banyak...
makan sampai tak yah makan nasi lagi dah pastu, haha^^




ada someone pernah komen blog aku
tanya samada dialog-dialog lam post aku ni betul ke tak
jawapannya...memang betul
tiada apa rekaan semata-mata
aku jenis yang tend to remember apa yang orang cakap kat aku
0_o

7 comments:

Naji Mahat said...

Tiada makhluk Allah yang tak cantik, awak. sesiapa yang mempertikaikan kecantikan ciptaan Allah, maknanya dia mempertikaikan kemampuan Allah. Jika dia terus mempertikaikan, adakah dia mampu mencipta sesuatu yang lebih cantik daripada ciptaan Allah itu?

Tukang Karut said...

aku suka tang makan eskrem tu... kita boleh jadi geng...

LubLy said...

kata-kata lbh berbisa dari sebilah pisau yg tertusuk..

Mama Ema said...

sekali baca..memang agak kasar...tp lain-lain orang..lain-lain terjemahan bahasanya..

robotkuning said...

orang diam ni sekali dia meletup..pergh..macam keadaan tahan cirit..sekali dah tercirit..perghhh.

jom makan aiskrem.

Edy Zaidi said...

bila kemarahan melampaui akal, tu yg terkeluar kata2 macam tu...

Lea Isnawi said...

sebab tu, aku kdg2 lagi suka diam bila marah
sebab takut kuar menda yang mengarut
last2 aku gak yng akan menyesal